Seorang tua di kaki gunung pdf


















And sy sangka like all komsas books yg sy dh baca, jalan cerita akan bosan. Nipis shj, mukasurat, tapi writing so good smpai boleh main emosi. Even ber picked this up ketika selang 2 hari antara 2 paper exam finals. Even berjaya buat aku nangis at the end. View 2 comments. Baru saja tamat bacaan. Sepatutnya buku ni aku dah baca awal selaku pelajar sastera, tapi baru dibaca.

Malas nak review. Bukan sebab buku ini tidak baik, buku ni aku beri 5 bintang, dan sangatlah memberi inspirasi kepada aku untuk menulis karya kreatif. Cuma satu je persoalan aku. Dalam sayembara tersebut, tak ada pemenang tempat pertama kerana tiada manuskrip yang layak. Maksudnya, pada ketika itu standard dia Baru saja tamat bacaan.

Maksudnya, pada ketika itu standard dia sangat tinggi sehinggakan Seorang Tua di Kaki Gunung yang cukup power ni pun tak dapat menang. May 04, Robin rated it it was amazing Shelves: buku-melayu. Pernah baca buku ni sewaktu awal sekolah menengah. Sangat sedih - menangis hingga berjurai-jurai air mata. Akan berusaha cari semula buku ni dan beli, insya-Allah Dec 12, As rated it it was amazing.

Aku masih menyimpan naskah asal yg pertama kali diterbitkan. Baca dan hayati sendiri keluhan jiwa, rintihan hati, kekuatan semangat, ketaatan rohani View 1 comment. Oct 23, Haizir Othman rated it it was amazing.

Pandangan awal apabila mula membaca novel ini ialah ia persis Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Persamaannya adalah pada gaya penulisan, pelukisan alamnya yang terperinci dan memikat selain latar desa permai dan kehidupan sukar penghuninya. Kedua-dua novel ini berhasil meraih emosi pembaca dengan jalan ceritanya yang tragis. Ya, tragedi adalah genre kesusasteraan bawaan Barat sejak dari zaman Greek kuno lagi dan meleret-leret sehingga ke era Shakespeare lewat Hamlet dan Macbethnya.

Genre ini mengajak orang meratapi nasib malang dan larut dalam duka nestapa akibat kesengsaraan yang tidak kunjung padam. Di rantau sebelah sini, di alam Melayu, penerokaan genre ini seharusnya tidak sebegitu dalam kerana Islam melarang kita terlalu bersedih sehingga memudaratkan diri sendiri atau lebih jauh, putus asa dari rahmat Tuhan. Dalam Seorang Tua di Kaki Gunung tulisan sasterawan kelahiran Kota Kuala Muda, Kedah, Allahyarham Azizi Haji Abdullah, walaupun sisi tragisnya agak kuat dirasai, ia tidak berbumbukan tragedi ala zaman Greek kuno, tidak seperti novel-novel Melayu lain yang berkonsepkan popular dan bermatlamatkan penjualan laris.

Ia barangkali lebih tepat jika digelar sebagai melankoli yang mendamaikan. Kehidupan Tukya dan isterinya, Besah di kaki Gunung Bongsu dilihat begitu sayu, berjuang meneruskan kehidupan di huma dan di rimba sambil dibayangi kenang-kenangan juga kerinduan terhadap anak cucu mereka, Fikri, Lamin dan Farid yang sudah lepas ke Kuala Lumpur — satu kehidupan yang kita agak-agak sebagai pernah dirasai oleh datuk dan nenek kita pada satu masa dahulu.

Pelukisan alam rimba dengan pengenalan kepada segala jenis pokok kayu, rotan, daun, akar kayu dan sebagainya begitu kuat, membawa kita menjelajah sehingga ke ceruk rimba puncak Gunung Bongsu — menunjukkan pengarangnya begitu kaya dengan pengalaman, pengetahuan dan perbendaharaan kata tentang hutan rimba. Hutan rimba, puncak gunung adalah sumber mata pencarian orang kita sejak dari dulu.

Ilmu tentang hutan, pantang larang dan petua-petua sekitarnya adalah rahsia di sebalik kejayaan kita mengekalkan kelestarian hutan walaupun sejak zaman-berzaman mengambil segala hasil mahsul daripadanya. Berkaitan itu, novel ini menceritakan perancangan Tukya membina rumah dengan berpandukan kitab tua Melayu yang mengandungi rajah atau pelan kedudukan serambi, bilik tidur, pintu, ukuran-ukuran panjang tiang, bilangan anak tangga, arah pandangan rumah atau feng shui dalam tradisi Cina , dan waktu-waktu yang sesuai menebang kayu.

Semuanya diingat. Adalah inspirasi dalam novel ini, semangat melawan Tukya, sikap tidak mahu mengaku kalah dan tekal menewaskan kemustahilan. Ia terlihat dalam babak Tukya selepas diserang sekumpulan lebah apabila dia tidak mahu menunjukkan rasa sakitnya kepada Lamin walau dengan riak wajah sekalipun. Membaca babak ini sebenarnya mengingatkan saya kepada almarhum Ayah sewaktu ditimpa sakit dulu yang tidak merungut sedikit pun, hatta menunjuk wajah sakit pun tidak mahu, walaupun ia terpapar juga pada kerutan dahi dan kejipan matanya.

Sikap acuh tak acuh Fikri, sinis isterinya, ejekan Farid walaupun mengguris jiwa Tukya tetapi ia lalu menjadi semacam cabaran untuk membuktikan sesuatu kepada mereka — membina rumah baru yang lebih kukuh. Fikri adalah watak tipikal anak kampung berhijrah ke kota selepas kejayaan cemerlang di universiti hasil biasiswa kerajaan, menjadi lupa diri selepas berkerjaya dan berkeluarga.

Tukya dan Tuk Besah sudah jadi asing baginya, baik kehidupannya, pemikiran dan cara berbual. Keengganan Tukya dan Tuk Besah mengikut mereka tinggal di bandar tidak dapat lagi difahami Fikri sebaliknya dianggap sebagai satu kedegilan. Dan Fikri gagal menyelaraskan kepentingan diri dan keluarganya dengan kehendak orang tuanya mengakibatkan dia menanggung penyesalan hidup di kemudian hari. View all 4 comments. Jun 09, Sharulnizam Yusof rated it it was amazing Shelves: literature-malay , novel , ijam-s-books.

Apatah lagi pada dekad an ada satu siri televisyen yang menggunakan tajuk yang sama. Saya pernah menonton, tapi sudah ingat-ingat lupa. Juga, orang yang sudah tercalar egonya. Saya kurang setuju kalau dikatakan Tukya seorang pendendam. Terluka, tapi masih sayang. Cuma cara sayangnya cara orang sudah lanjut usia, dan tak menjadi kehairanan juga sifat orang yang berumur hatinya mudah terusik. Bermusuhan antara kudrat dan usia. Yang akhirnya menimbulkan kecelakaan pada diri sendiri.

Melawan, cara yang masih menghormati suami. Itupun setelah melihat rajuk Tukya yang semakin melarat. Tapi Besah, tetap sayang pada Tukya. Kasihnya utuh walaupun Tukya tidak ada lagi di depan mata. Anak yang berperangai klise apabila sudah mula terasa selesa dengan kehidupan, berbanding sewaktu hidup bersama Tukya dan Besah.

Mulutnya lancang, seperti mulut isteri dan anak sulung mereka. Ego, keras kepala dan mula berjauh hati apabila tidak bersependapat. Hai lah anak. Ayahmu sudah tua, dia hanya mahu kasih dan cinta. Harta bukan lagi ada dalam cita. Ayah kita ketika berumur 20 tahun, takkan sama lagi dengan ayah yang berumur.

Hidup juga semakin berbeza alam dan persekitaran. Saya suka suasana rumah kampungnya. Saya suka dengan toleransi dan muafakat orang kampung. Saya suka pengetahuannya yang mantap dengan suasana hutan rimba. Saya juga tertanya-tanya kitab apa yang dirujuk Tukya dalam hal merancang pembinaan rumah barunya.

Penulis bukan menulis kosong. I haven't read it yet because I never managed to find a copy of the book i just realised that I had the title wrong anyway, the translations were just okay. Somehow the english version didn't bring the characters in book out strongly and I imagine that they would be represented better in Malay.

Everytime I read what the characters were saying, I could imagine how it would sound so much better in Bahasa. I think the Malaysian National Institute of Translation just did an okay job with the translations, I think it could be done better. That said,I really do want to read the malay version and hope I can do so soon.

Mar 24, Shahkang rated it it was amazing. Mengingatkan saya kepada Ranjau Sepanjang Jalan. Seperti dijangka, ketelitian unsur alam menjadi penunjung utama novel ini.

Kagum dengan petikan kitab-kitab tertentu yang saya kira, kalau nak cari sekarang kitab tersebut sudah tiada. Membaca kisah Tukya membuatkan saya terfikir, adakah saya akan menjadi seperti Tukya tahun akan datang? Jun 15, Faz Leen rated it it was amazing. Dec 18, Ramzah Dambul rated it it was amazing. Sebagai anak bukan penutur natif Bahasa Melayu, tradisi pembacaan sastera Melayu saya muncul agak lewat, iaitu hanya sesudah memasuki sekolah menengah: circa Selepas Salina A.

Dari segi rasa dalaman, saya fikir novel ini mengadun nilai-niali rebel yang keras menyentak seperti dalam Salina , dengan rasa melankolia yang lunak seperti dalam Badai Semalam. Saya menyu Sebagai anak bukan penutur natif Bahasa Melayu, tradisi pembacaan sastera Melayu saya muncul agak lewat, iaitu hanya sesudah memasuki sekolah menengah: circa Saya menyukai semua elemen dalam novel: gaya naratifnya, latarnya, wataknya dan asas persoalan yang dibawa.

Ia mempertemukan keangkuhan urban dan ketekalan jatidiri desa - dengan penyudah cerita yang disengajakan seperti 'anti-klimaks' Tukya meninggal dihempap pokok cengal , tetapi sebenarnya memberi kesan reflektif yang sangat membekas.

Orang tua watak utama yang tidak memikirkan masalah anak yg sukar datang menziarah sebab perjalanan jauh dengan kereta dari rumah yg mengambil masa dari pagi hingga petang, dan dalam kesibukan anak itu bekerja.

Orang tua watak utama yang tidak memikirkan keselamatan diri apabila melakukan kerja-kerja bahaya sendiri. Orang tua watak utama yang memburuk-burukkan anak-cucu kepada kawan-kawan. Yang bagus buku ini memberi senarai flora dan pohon-pohon di hutan Malaysia. May 17, Bobo rated it really liked it. Dapat dibayangkan dengan jelas gerak geri, air muka Tukya dan Besah. Paling terkesan dialog Tukya sewaktu kenduri doa selamat perihal sikap Fikri. Anak muda yang tak sayangkan alam. Jika anda sedang memasuki zaman tua ditambah dengan Malaysia yang semakin menua rakyatnya, buku amat wajar dibaca.

Buku ini membolehkan anda menyelami psikologi, cara berfikir, perangai dan tabiat orang tua. Kalau anda masih muda, mungkin anda sedang berurusan dengan orang tua termasuk ibu bapa dan kalau umur panjang anda berpeluang jadi tua.

Tukya merupakan orang tua sebagai watak utama. Mengapa tidak jadikan isterinya, Besah sebagai watak utama? Mungkin, lelaki tua itu lebih menarik dan lebih cere Jika anda sedang memasuki zaman tua ditambah dengan Malaysia yang semakin menua rakyatnya, buku amat wajar dibaca.

Mungkin, lelaki tua itu lebih menarik dan lebih cerewet personalitinya. Lelaki tua juga yang sering perasan masih muda berbanding wanita tua. Malah, Besah pernah 'perlecehkan' suaminya yang enggan mengaku sudah tua.

Ada baiknya selepas membaca buku, ditelaah karya terjemahan oleh Aiman Mahmud yang berjudul, Semakin Tua Semakin Mulia. Almarhum Azizi Hj Abdullah selain berjaya membina dunia orang tua, turut berjaya membina dunia orang kampung yang sering masuk ke rimba. Selain itu, beliau berjaya menimbulkan kesan dramatik sewaktu berlakunya musibah terhadap Tukya seperti dihempap batang cengal. Anda akan dapat rasai nilai cinta agung buat pasangan lama Tukya-Besah.

Cinta agung itu bukanlah begitu muluk dilihat dalam Instagram dan Tik Tok. Apr 28, Najiha Jaffar rated it it was amazing. Novel yang membuat aku menangis dipengakhiran cerita. Kisah tentang rajuknya seorang tua terhadap anak, menantu dan cucu. Ditambah dengan cakap-cakap orang sekeliling yang merendah-rendahkan kemampuannya. Ya , Tukya memang sudah tua, sudah tidak larat untuk melakukan kerja2 berat, tapi percakapan kepada orang tua tu janganlah sampai menyakiti dia.

Aku faham perasaan Tukya yang hatinya tercarik-carik luka dengan sikap anak yang tak memahami jiwanya. Alahai anak, tidakkah kau tahu perasaan seorang Novel yang membuat aku menangis dipengakhiran cerita. Alahai anak, tidakkah kau tahu perasaan seorang tua yang sensitif hatinya, mengapa kau sakiti dengan kata-kata yang celupar. Cerita ini refleks dengan diri aku sendiri sebenarnya, ayah aku pun sudah tua dan aku faham benar apa yang dia rasa.

Sebagai anak yang duduk jauh dengan keluarga, buku ini memberi banyak pengajaran, jangan mudah melupakan asal usul, janganlah kau kasari mak ayah kalau sekalipun dia tak mahu mendengar kata kau, ambillah hatinya, dan jagalah sikap anak dan isteri kita terhadap orang tua kita.

Eii sakit pula hati saya, kalaulah aku menantu Tukya, setiap kali balik kampung akulah orang paling bahagia sebab boleh hiking sekali dengan pak mentua! Jul 28, Ezzan Haqis rated it really liked it. Buku genre sastera yang sangat best! Tak rugi baca Rating : 4. Jul 14, kuzzeen rated it really liked it Shelves: read , i-owned. Mar 16, Laili rated it it was amazing. May 12, Fadhil added it. Mar 17, Yuyu Yusof rated it it was amazing. Ending sedih. May 31, akusipeminatbuku rated it it was amazing.

Sedih, mengapa akhirnya begitu. Kesian dengan Besah. Kesian juga dengan Tukya. Jul 16, Nik MS rated it liked it. Sebuah kisah yang ringkas, padat dan mempunyai latar tempat yang tidak banyak namun cukup untuk memberikan pengajaran dan keinsafan kepada pembacanya. Secara ringkas, buku ini memaparkan kisah sepasang suami isteri, Tukya dan Besah yang sudah tua yang tinggal di kaki gunung sementara anak dan cucu-cucunya berpindah ke Kuala Lumpur. Seperti watak Melayu tipikal, anaknya mula lupa Seingat saya ia merupakan salah satu novel KOMSAS sewaktu zaman persekolahan sekolah saya tidak menggunakan buku ini.

Seperti watak Melayu tipikal, anaknya mula lupa diri selepas bekerjaya dan berkeluarga. Pengarang semestinya memiliki pengetahuan yang tinggi dalam soal hutan rimba- dapat dilihat melalui nama-nama pokok, akar kayu, daun dan sebagainya yang terdapat dalam novel ini.

Dek kerana tinggal di rumah papan yang buruk serta sering diejek oleh anaknya, Tukya terdesak untuk membina sebuah rumah baru dan kukuh. Selain itu, banyak hasil karya terutamanya cerpen telah diterbitkan di dada-dada akhbar terutamanya Utusan Melayu.

Selain menulis, Azizi lebih dikenali sebagai Ustaz Azizi juga merupakan seorang jurulatih pasukan sepak takraw di sekolahnya dan juga seorang tenaga pengajar lakunan drama yang hebat. Beliau juga terus aktif sebagai penulis kolum dalam majalah-majalah tempatan seperti Dewan Pelajar, Dewan Siswa dan lain-lain lagi. Azizi Haji Abdullah telah mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihannya iaitu seorang guru KEMAS, Zabedah binti Yusof pada tahun dan telah dikurniakan seorang puteri dan tiga orang cucu.

Beliau sekeluarga telah menetap di rumah beralamat , Taman Bersatu, Kulim, Kedah. Ketika berumur 69 tahun, iaitu pada tanggal 21 Ogos , Azizi Haji Abdullah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat serangan jantung di Hospital Pulau Pinang. Azizi Haji Abdullah sewaktu dirawat di hospital. Sumbangan terhadap sastera dan bahasa Melayu.

Idea-idea yang dilemparkan melalui penulisan cerpen dan novel serta skrip-skrip drama radio dan televisyen, ternyata Aziz Haji Abdullah telah menyumbang satu alur pemikiran yang tidak ternilai harganya. Hasil-hasil penulisannya dapat membantu perkembangan sastera dan seterusnya memperkasakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan negara kita.

Di samping itu juga, pengarang dapat memaparkan nilai-nilai murni untuk kesejahteraan sejagat. Di antaranya ialah:. Nilai peradaban dan perpaduan melalui tema keagamaan di mana nilai-nilai berunsur agama Islam yang mendahului polemik sastera Islam. Sedangkan polemik sastera berunsur Islam di negara kita banyak dan hanya berkembang sekitar tahun an. Nilai-nilai sosial pelbagai kaum yang diharapkan dapat menyatukan kaum- kaum yang ada di negara kita selaras dengan kehendak kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang saling hormat-menghormati tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit.

Walaupun sibuk dengan kegiatan menulis, Azizi Haji Abdullah masih dapat meluangkan masa untuk melakukan kegiatan-kegiatan sosial seperti menyampaikan atau membentangkan kertas kerja tentang kesusasteraan, ceramah, bengkel pembinaan kesusasteraan dan lain-lain lagi untuk masyarakat. Kejayaan yang dicapai dalam bidang penulisan. Berkat kesabaran dan tekun, usaha yang tidak mengenal jemu serta minat yang mendalam dalam bidang penulisan, Azizi Haji Abdullah telah menerima beberapa anugerah atas usahanya selama ini.

Antara kejayaan yang pernah dicapai oleh beliau ialah seperti:. Write Award pada tahun di mana anugerah ini hanya diberikan kepada penulis-penulis Asia Tenggara. Azizi telah menerima wang tunai sebanyak RM40, Kejayaan-kejayaan lain. Selain daripada kejayaan-kejayaan yang dinyatakan di atas, hasil-hasil karya Azizi Haji Abdullah ini juga telah mendapat penghargaan dan dijulang sebagai teks kajian pelajar untuk peperiksaan awam SPM mahupun difilemkan untuk tontonan masyarakat.

Berikut adalah kejayaan lain yang diberikan kepada pengarang yang terkenal ini:. Fujimorial dan Tahiyibah Sulaiman. Zabedah Yusof. Menerima anugerah daripada Sultan Kedah pada Ikhsan. Sekali menulis, Azizi Haji Abdullah terus menulis dan bergiat dalam bidang penulisan tanpa menoleh ke belakang lagi.

Sejak itu, beliau terus menghasilkan karya-karya yang sentiasa mendapat sambutan hangat di kalangan pembaca seperti novel dan cerpen. Tidak ketinggalan, beliau juga menghasilkan penulisan bukan fiksyen berbentuk kritikan.

Sepanjang kariernya sebagai penulis, telah hampir cerpen, lebih 30 novel dan beberapa antologi cerpen telah dihasilkan oleh beliau. Selain dari itu, beliau juga banyak menulis skrip-skrip radio untuk RMT dan beberapa drama televisyen. Antara sebahagian daripada karya-karya yang dihasilkan oleh beliau adalah seperti berikut:. Garis Lintang Anak Haram. Kuala Lumpur : Pustaka Sari, Senja Belum Berakhir. Singapura : Pustaka Nasional, Bila Hujan Malam.

Kuala Lumpur : Amir Enterprise, Sami Mekong. Kuala Lumpur : Penerbitan Utusan Melayu, Ayah Bonda. Kuala Lumpur : Pustaka Sistem Pelajaran, Di Kolam Mulhamah. Kuala Lumpur : Garis Cinta Books, Gadis Itu Bernama Ina. Petaling Jaya : Karya Pub. House, Seorang Tua di Kaki Gunung. Kuala Lumpur : DBP, Debu Takdir. Subang Jaya : Tra-Tra Publishing, Shah Alam : Marwilis Publisher, Melukut Kota. Kuala Lumpur : Penerbitan Azam , Yang Merusuh.

Kuala Lumpur : Penerbitan Kintan, Petaling Jaya : Fajar Bakti, Menebus Maruah. Anak Kampung Kuala Raga. Kuala Lumpur: DBP, Anak Belantara. Shah Alam : Marwilis, Cahaya di Pedalaman. Dunia Bukan Syurga. Kuala Lumpur : Creative Enterprise, Sinappapal. Petaling Jaya: Fajar Bakti, Wi dan Wiliam. Seri Kembangan: Utusan Publications, Kuala Lumpur : Creative Enterprise, Ateik Putriba. Pencinta Alam. Kuala Lumpur: Berita Publishing, Seri Kembangan: Utusan Publications , Memoir Seorang Guru.

Selangor: Alaf 21, Harga Sebuah Maruah. Zikir Rindu. Shah Alam: Alaf 21, Daerah Beta. Badai Cinta. Kuala Lumpur: Al-Ameen, Antara novel-novel yang dihasilkan oleh Azizi Haji Abdullah. Novel terakhir Azizi Haji Abdullah sebelum meninggal dunia. Untuk edit kali ke 8 dan terakhir dapat juga dilakukan secara penyegan.

Alhamdulillah rasanya sempat habis sebelum bedah. Jika hayat saya pendek, barangkali inilah. Petikan di atas adalah daripada tulisan Allahyarham sendiri di dalam blognya Jemu Yang Terpaksa. Antologi Cerpen. Latifah Rabbaniah. Rindu Bonda. Pulau Pinang : Teks Publishing, Kuala Lumpur : Teks Publishing, Bibit Cinta.

Kuala Lumpur : Penerbitan Pena, Jangan Pisahkan Aku! Petaling Jaya : Penerbit Sasbadi, Pendoa Yang Ikhlas. Antara antologi cerpen yang dihasilkan oleh Azizi Haji Abdullah. Antara cerpen-cerpen yang tersiar di akhbar-akhbar. Antologi Bersama. Intan Terpilih. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu, Melaka : Gerkap Sekawan, Cerpen-cerpen Malaysia.

Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, Pulau Pinang: Teks Publishing, Bunga Gunung. Jelapang II. Menjunjung Titah Perintah. Subang Jaya: Tra-Tra Publishing, Titian Laut. Angin Pulau. Kuala Lumpur: Teks Publishing, Dongeng Merdeka. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, Alun Menggulung Perlahan.

Antologi Bersama yang pernah dihasilkan oleh Azizi Haji Abdullah. Antologi Sayembara Sesudah Senja. Kuala Lumpur: Utusan. Meja tempat Azizi menulis terletak di bilik sumber mini di rumahnya. Bukan Fiksyen Gaya Hidup Ranggi. Merbok: Teras, Siapa Khianat Siapa. Kulim : Penerbitan Azizi, Luka Rakyat.

Kedah: Teras, Kulim, Kedah : Penerbitan Azizi, Hentikan Hutang dan Boros. Penang: Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Kuras-Kuras Kreatif. Sayap-Sayap Selepas Senja. Penang: Goal Intelligent Publishing, Mustadh'afin Yang Tertindas. Jiwa Hamba. Antara karya-karya bukan fiksyen tulisan Azizi Haji Abdullah.

Novel ini juga telah dijadikan sebagai teks sastera untuk calon-calon SPM di sekolah seluruh negara oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun Selain itu, novel ini juga telah diabadikan di dalam sebuah filem drama televisyen sekitar tahun an untuk tontonan umum. Latar atau situasi cerita di dalam novel ini berkisar di sebuah kawasan pedalaman iaitu di sebuah kampung di Kampung Gunung Bongsu, berhampiran dengan pekan Mahang, Kulim, Kedah.

Melalui watak Tukya, seorang bapa kepada Fikri dan datuk kepada Lamin dan Farid, pengarang cuba memperlihatkan sikap golongan tua yang tetap keras dalam usahanya mempertahankan pendiriannya terhadap corak kehidupan tradisi, yang amat rapat dengan alam semula jadi di kaki Gunung Bongsu, dan penuh pantang larang dalam membuat sesuatu kerja kerana dia menganggap kerja itu sangat mulia dan patut dihormati.

Konflik antara kehidupan di bandar besar Kuala Lumpur yang dialami oleh anak menantu serta cucunya dengan kehidupan Tukya di desa adalah amat ketara sekali digambarkan oleh pengarang dalam novel ini. Kekuatan utama novel ini terserlah pada aspek perwatakan dan latarnya.

Walaupun begitu, Tukya adalah lambang seorang manusia yang gigih dalam usaha mempertahankan pendiriannya hingga ke akhir hayat. Seorang Tua di Kaki Gunung memperlihatkan kegigihan serta sikap seorang tua iaitu Tukya yang cuba mempertahankan cara hidup tradisi yang dianggapnya sebagai unggul, mulia dan dihormati.

Tukya juga digambarkan sebagai seorang yang keras hati, sanggup mempertahankan harga diri serta tidak mudah mengalah dengan keadaan sekelilingnya. Beliau tidak menghiraukan sama ada ditertawakan oleh masyarakat atau dipujuk oleh anaknya sendiri untuk berubah kepada kehidupan yang lebih selesa.

Tukya tetap dengan pendiriannya sehingga ke akhir hayatnya. Banyak persoalan yang ditimbulkan oleh pengarang dalam novel ini, antaranya ialah tentang sikap keras hati yang membawa kepada sesuatu padah atau musibah yang menimpa diri Tukya seperti disengat lebah ketika mencari madu lebah dan ditimpa pokok cengal ketika menebang di hutan. Selain daripada itu, persoalan lain yang diketengahkan ialah tentang harga diri.

Tukya merupakan seorang yang kuat semangat dan sanggup mempertahankan harga dirinya walaupun apa yang berlaku ke atas dirinya tetap dihadapi dengan tabah.



0コメント

  • 1000 / 1000